CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 8, 2009

MAKCIK NORMAH

pengalaman peribadi Kak Juli semasa menunaikan umrah May 2007



Setelah penat melakukan umrah dan sementara menunggu azan Asr, aku dan ibuku mengambil keputusan untuk berehat sebentar di tingkat atas Masjidil Haram .Tiba2 kami didatangi oleh seorang wanita bernama Makcik Normah,lalu kami berkenalan dan berbual2.

Beginilah kisah makcik Normah seperti yang diceritakan kepada kami…..

Dilahirkan berbangsa India dan beragama Hindu, Makcik Normah berkahwin di usia 16 tahun dan dikurniakan 5 orang anak. Beliau tinggal bersama suami di sebuah kampung terpencil di Perak yang majoritinya adalah masyarakat Melayu. Suami makcik Normah seorang yang pemabuk dan tidak bertanggungjawab , oleh itu makcik Normah terpaksa bekerja mengambil upah mencuci pakaian di beberapa rumah taukeh Cina dikampung tersebut untuk menyara kehidupan beliau dan anak2. Semasa berusia 24 tahun , makcik Normah yang sudah tidak tahan lagi dengan perangai buruk suaminya, bertekad untuk bercerai.


Kehidupan makcik Normah sebagai ibu tunggal bersama 5 orang anak yang masih kecil dan ditemani oleh ibu beliau yang sudah tua adalah bahagia walaupun miskin dan serba kekurangan. Jiran2 banyak membantu beliau menjalani kehidupan harian. Empat orang anak lelaki beliau bersekolah Melayu dan didedahkan kepada pelajaran Agama Islam semenjak kecil lagi. Anak lelaki sulung makcik Normah merupakan seorang yang bijak dan cepat menimba ilmu terutama tentang Islam. Beliau bijak mengaji dan menghafal ayat2 lazim walaupun bukan seorang Islam. Pada ketika itu makcik Normah tidak begitu berminat dengan Agama Islam dan beliau juga bukan lah penganut Hindu yang taat.

Anak perempuan bongsu makcik Normah mengalami kecacatan semenjak dilahirkan lagi. Sehingga berumur 5 tahun anak kecil itu masih belum boleh berjalan dan bercakap. Risau dengan keadaan anak beliau, makcik Normah membawa anaknya berjumpa dengan seorang sami Hindu di kuil. Nasihat sami tersebut amat mengejutkan makcik Normah! Sami menyarankan supaya anak itu diserahkan kepada keluarga angkat Melayu untuk dibesarkan sebagai seorang Islam. Maka anak itu yang kemudiannya dinamakan Aishah diserahkan kepada sebuah keluarga angkat Melayu dikampung itu juga. Hubungan makcik Normah dengan Aishah masih akrab walaupun tidak tinggal sebumbung. Aishah dipelihara dengan baik dan makcik Normah dapat melihat perkembangan yang positif pada diri Aishah.

Suatu hari ditakdirkan ibu makcik Normah jatuh sakit dan sudah tidak dapat bangun untuk menguruskan diri. Dalam keadaan yang sudah tenat rupa2nya ibu tua itu menanam cita2 untuk memeluk agama Islam sebelum ajalnya tiba. Dengan berat hati, Makcik Normah terpaksa taat dengan permintaan ibunya supaya beliau menghadiri kelas di Perkim bagi pihak ibunya supaya cita2 beliau untuk memeluk Islam tercapai. Setelah seminggu mengucap dua kalimah syahadah , ibu tua itupun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Keajaiban dialami oleh makcik Normah dan orang2 dikampung tersebut apabila mayat ibu tua tersebut berbau harum sepanjang pengurusan jenazah beliau. Bau harum itu lebih dirasai apabila sanak saudara mengucup dahi arwah! Sanak saudara ibunya yang beragama Hindu juga begitu hairan dengan kejadian tersebut. Begitulah kebesaran Allah SWT yang pertama kali dirasai oleh makcik Normah. Disaat itu terdetik dihati kecil beliau untuk lebih mendekati Islam…

Setelah ketiadaan ibunya, makcik Normah bertekad untuk menyambung pengajian di Perkim dan mendalami pengetahuan tentang Islam. Beliau juga mendapat bimbingan daripada seorang ustaz dan isteri . Akhirnya terbukalah hati makcik Normah untuk memeluk Islam. Setelah mendapat hidayah, makcik Normah rajin menghadiri kuliah2 dan kelas2 pengajian yang diadakan di surau dan masjid di kampungnya. Berkat kesungguhannya kini makcik Normah telah pandai mengaji Al-Quran . Azam beliau selepas ini adalah untuk menjejakkan kaki ke Mekah dan mengalami sendiri kebesaran Allah SWT….Doa tidak putus2 dipanjatkan agar cita2nya untuk ke Mekah tercapai…

30 tahun berlalu dan anak2 makcik Normah semuanya sudah besar dan bekerja. Aishah yang semasa kecilnya tidak boleh berjalan dan bercakap kini sudah bekerja di sebuah kilang memproses daging itik. Walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna, namun Aishah mampu untuk berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri. Kuasa Allah juga telah mempertemukan jodoh beliau dengan rakan sekerja. Kini Aishah telah berkahwin dan tinggal dirumah sendiri. Tiada yang lebih menggembirakan makcik Normah apabila melihat anak bongsu beliau berjaya mengharungi kehidupan yang perit semasa kecil dan kini hidup bahagia bersama seorang suami yang dapat menjaga beliau.

Anak2 lelaki makcik Normah juga semuanya sudah berkeluarga . Cucunya yang sulung sudah besar dan menjalani latihan di TUDM Kuantan untuk menjadi seorang juruterbang. Makcik Normah sangat rapat dengan cucu beliau ini yang dipelihara semenjak kecil. Cucu ini yang telah lama mengetahui tentang cita2 neneknya untuk ke Mekah, bertekad untuk menabung bagi membiayai perjalanan neneknya ke Mekah.

Walaubagaimanapun, setelah sekian lama mengharungi kepayahan hidup dan kemudiannya memperolehi sedikit sinar bahagia, sekali lagi makcik Normah diuji. Anak sulung makcik Normah yang semasa kecilnya begitu bijak didalam pengajian Islam , kini berdepan dengan dilemma akidah apabila mengambil keputusan untuk menukar kepada agama Hindu kerana ingin berkahwin dengan seorang gadis India setelah kematian isteri pertamanya. Begitulah dugaan yang Allah berikan kepada umat manusia selagi hidup di dunia ini. ...


Hancur hati makcik Normah apabila mendengar keputusan anaknya itu, namun makcik Normah tetap sabar dan redha dengan dugaan ini. Beliau tetap melayan anak nya dengan baik walaupun sudah berlainan agama.

Pernah suatu hari anaknya mengajak makcik Normah mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur dan salah satu tempat lawatan ialah ke kuil Hindu di Batu Caves. Berbekalkan surah Al –Kaafiruun , tersemat dihati makcik Normah kandungan tafsiran surah tersebut iaitu:

“ Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir * Aku tidak akan sembah apa yang kamu sembah* Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah* Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat* Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama ku….”.
al -Kaafiruun 1-6

Begitu teguhnya iman seorang muallaf bernama makcik Normah! Makcik Normah juga tidak putus2 berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada anaknya supaya kembali ke jalan Allah…

.Hijrah Makcik Normah


Pada usia 63 tahun ,berkat simpanan Makcik Normah maka separuh tambang perjalanan ke Mekah telah berjaya beliau kumpul. Cucu kesayangan beliau berjanji akan menampung perbelanjaan yang selebihnya. . Maka tercapailah cita2 makcik Normah untuk ke Mekah menunaikan umrah …

Apabila mendengar berita ibunya akan ke Mekah, anak sulung makcik Normah yang sudah murtad itu tiba2 mengalami satu perasaan yang berbeza. Beliau bergegas ke lapangan terbang sebelum sempat makcik Normah berlepas dan menyerahkan wang tambang kepada makcik Normah! Beliau merasa bertanggungjawab untuk membiayai perjalanan ibunya ke Mekah walaupun sudah berlainan agama. Jelas beliau seorang anak yang baik dan makcik Normah begitu terharu dengan pengorbanan anaknya. Dari riak wajah anakya makcik Normah dapat merasakan satu perubahan akan berlaku kepada anaknya. Semasa kunjungan ke Mekah makcik Normah tidak putus2 berdoa semoga Allah memberikan sinar Islam semula di hati anak sulung kesayangannya.

Walaupun diselang seli dengan jenaka yang diselitkan makcik Normah semasa beliau bercerita ,airmataku tetap mencurah2 semasa mendengar kisah hidup beliau selama sejam berbual. Semasa solat Asr kami berjemaah dalam satu saf. Itulah kali terakhir aku bersalaman dengan tangan kasar makcik Normah…tangan yang telah melalui pelbagai liku kehidupan bagaikan sebuah cerekarama di tv.


Selepas itu aku tidak lagi berjumpa dengan makcik Normah sehinggalah pada hari terakhir semasa mengerjakan tawaf Wida'.Ketika itu, secara tiba2 sepantas kilat kulihat makcik Normah melintas di hadapanku menuju ke Hijr ismail....Walaupun tidak dapat bercakap dengan beliau, aku merasa puashati dapat melihat kelibat Makcik Normah buat kali terakhir...



Sekembali ke Malaysia kisah hidup beliau sentiasa bermain difikiranku …Terdetik juga dihatiku samada Makcik Normah ini benar2 wujud atau satu pengalaman istimewa yg Allah ingin berikan kepadaku....Walau apapun, aku pasti Allah inginkan aku mengingati kisah makcik Normah ini sampai bila2 …mungkin juga elok kalau di kongsi kisah hidup beliau dengan semua. Satu kisah pengajaran tentang erti kesabaran dan keteguhan iman dalam mencari sinar kebahagiaan di dunia yang sementara ini.

Semoga kehidupan makcik Normah sentiasa terus dirahmati Allah SWT….dan semoga anak sulung beliau akan kembali kepangkuan Islam...ameen.

Wallahualam.

3 comments:

mohamad ismadi sallehudin

ALLAHUAKHBAR!!!itulah kuasa kebesaran tuhan..menarik blog nie..

Makbudak

Masya'Allah Juli! Tersentuh jiwa & kalbu!

kak juli

thanx 4 visiting this humble blog , aki. akak ni masih lagi mencari2...

ye Ha, mmg i selalu teringat kat makcik Normah ni...kalau ada rezki nak jumpa dia n tanya khabar...tapi x de alamat....kampong mana kat Perak pun x tau....that is ,if she really does exist!!

JASMINE

ISHMEL

IRFAN

SUBHANALLAH

GANGSTA TO MUSLIM

EMBRACE ISLAM

YA MAKKAH

Followers