Alhamdulillah...esok genap 27 tahun melayari bahtera rumahtangga. Bila sebut bahtera, teringat kisah Nabi Nuh alaihissalam. Memang cukup hebat ujian keatas Nabi Nuh nak mengajak umat zaman baginda ke jalan Allah . Perit dan makan masa yg sangat lama, bila di wahyu Allah utk bina bahtera atas bukit, lagi lah mencabar. Time kena layarkan bahtera pun susah juga.banyak cabaran nya dari segenap sudut. Mungkin asbab itu lah rumahtangga dikiaskan sebagai bahtera yg perlu menempuh pelbagai ujian, badai dan lautan bergelora.
Hakikatnya, siapa yg kita dapat sebagai jodoh, itulah yg terbaik utk melengkapi pelayaran agama/ deen kita..tak perlu pening² pilih pun sebenarnya..dating pun tak perlu dan sangat membuang masa .Bab jodoh sudah ditentukan sejak azali lagi.
Kalau dari dulu timbul masalah, terus mengadu hanya pada Dia... Allah Ya Baariq , yg Maha Mengurus , yg Maha Mentadbir , yg Maha Mengatur..tentu rileks sahaja menerima segala aturan Allah taala .. la hawla wala quwwata illa billah ..Apa2 pun perlu bersyukur, sebab segala ketentuanNya tiada yg sia² dan sarat dengan hikmahNya.
Sebagai peringatan diri, paling penting jangan bandingkan kehidupan rumahtangga kita dgn org lain . Walaupun perjalanan kita menuju destinasi yg sama, jalan yg dipilih berbeza². Jangan terlalu memuji dan jangan terlalu menghina.
Hakikatnya , perjalanan kita semua masih jauh . Syarat utama, perlu lulus ujian dunia dgn cemerlang..level² seterusnya , insyaAllah senang.